6 Resepi Sambal Pedas Ala Indonesia Yang Buat Makan Anda Tambah Selera - Jika anda seorang yang sangat menyukai masakan pedas, sambal adal...
6 Resepi Sambal Pedas Ala Indonesia Yang Buat Makan Anda Tambah Selera - Jika anda seorang yang sangat menyukai masakan pedas, sambal adalah salah satu yang wajib anda sediakan sebagai hidangan makanan anda. Untuk pengetahuan anda di Indonesia mempunyai banyak sekali jenis sambal yang sangat sedap dan menggugah selera.
6 sambal pedas ala indonesia, sumber gambar surabaya.tribunnews.com |
Untuk pengetahuan anda sambal diyakini dapat menurunkan berat badan, menyihatkan jantung, melancarkan peredaran darah, anti kanker, dapat meringankan selesema dan melancarkan pernafasan. Namun demikian ramai orang awam yang tidak tahu dalam membuat sambal pedas dan hanya membelinya dikedai-kedai makan sahaja.
Jika anda ingin nak buat sambal, 6 resepi sambal pedas ala Indonesia ini boleh anda cuba sendiri dirumah, bahan-bahan yang diperlukan juga tidak sulit untuk diperoleh dan cara membuatnya sangatlah mudah, Silakan dibaca resepi sambal berikut ini:
Sambal Matah
Bahan: 8 buah Cabai Rawit Merah, 5 siung Bawang Merah, 1 buah Jeruk Nipis, 1 batang Serai, 1 lembar Daun Jeruk, ½ sdt Garam, 1 sdm Minyak Kelapa
Cara buatnya:
1. Iris bawang merah, cabai dan serai.
2. Buang batang pada daun jeruk lalu iris tipis daunnya.
3. Campur irisan bawang merah, cabai, serai dan daun jeruk. Lalu beri perasan jeruk nipis.
4. Tambahkan garam, beri minyak kelapa lalu aduk hingga rata.
5. Beri perasan air jeruk nipis. Tambahkan minyak dan garam. Aduk kembali
Sambal Goang
Bahan: 15 buah Cabai rawit merah, 2 siung bawang putih, ½ cm kencur, 1 sdt garam, 5 sdm minyak
Cara buatnya:
1. Haluskan cabai rawit merah, bawang putih, kencur dan garam hingga halus.
2. Panaskan minyak.
3. Siramkan minyak panas pada sambal yang telah diulek.
4. Sambal siap disajikan bersama lauk favorit anda.
Sambalado Ijo
Bahan: 10 buah cabai hijau keriting, 3 buah cabai hijau besar, ½ buah jeruk nipis, 1 siung bawang putih, 5 buah bawang merah, 5 buah tomat hijau kecil, 1 lembar daun jeruk, 3 sdm minyak kelapa, 1 sdt garam
Cara buatnya:
1. Iris bawang putih dan bawang merah.
2. Ulek kasar cabai hijau keriting dan cabai hijau besar, tambahkan sedikit garam untuk mempermudah proses pengulekan. Tambahkan perasan jeruk nipis. Ulek lagi sebentar.
3. Tambahkan irisan bawang merah, ulek kasar. Lalu tambahkan bawang putih. Ulek kasar, sisihkan.
4. Potong kecil-kecil tomat hijau kecil.
5. Panaskan minyak kelapa. Masukkan daun jeruk dan bumbu yang telah diulek. Masak hingga minyak cabai keluar.
6. Lalu tambahkan tomat hijau kecil, masak hingga tomat agak layu. Angkat dan sajikan
Sambal Karak
Bahan: 100 gram Karak ( Nasi kering yang digoreng), 5 buah cabai merah, 5 buah cabai rawit, 1 siung bawang putih, ½ sdt Garam secukupnya
Cara buatnya:
1. Uleg/haluskan cabai merah, cabai rawit, bawang putih dan garam hingga halus
2. Tambahkan karak,uleg hingga tercampur rata dan halus
3. Sambal karak bisa dihidangkan.
Sambal Tempe
Bahan: 250 gram tempe goreng, 20 cabe rawit merah, 4 siung bawang putih, dirajang kecil-kecil, 4 siung bawang merah dirajang kecil-kecil, 1 cm jahe dimemarkan, 1 sendok teh gula pasir, 1 sendok teh garam, 150 ml minyak
Cara buatnya:
1. Iris tipis bawang putih dan bawang merah,tambahkan cabe rawit, tambahkan jahe yang sudah dimemarkan. Ulek seluruh bahan serta tambahkan garam dan gula.
2. Panaskan minyak, setelah panas masukkan bahan yang sudah di ulek, masak,
3. Setelah matang taruh kembali sambel yg sudah matang diatas cobek masukan tempe goreng ulek kembali sebentar, sajikan.
Sambal Asam Udeung
Untuk pengetahuan sambal asam udeung adalah salah satu sambal yang berasal dari Aceh, bahan-bahannya juga sangat sederhana, namun menyelerakan.
Bahan: 50 gr udang, 5 buah bawang merah, 10 buah cabai rawit hijau, 2 btg serai, 5 lembar daun jeruk, buang tulang, 5 buah belimbing sayur, Garam.
Cara buatnya:
1. Rebus udang kemudian buang kulitnya.
2. Potong tipis bawang merah, cabai rawit hijau, serai dan daun jeruk. Tambahkan garam kemudian haluskan dengan menggunakan ulekan sampai halus.
3. Masukan udang yang telah direbus, ulek kembali hingga halus.
4. Tambahkan belimbing sayur, haluskan kembali.
Demikian 6 resepi sambal pedas ala Indonesia yang dapat saya share kali ini semoga dapat bermanfaat buat semua, jangan lupa share !
COMMENTS